Umrah & Ziarah

Nikmati Pakej Pilihan anda Bersama Kami

PAKEJ UMRAH

PAKEJ UMRAH + ISTANBUL + BURSA

PAKEJ UMRAH SAMBUT RAMADAN 2027

UMRAH+THAIF

UMRAH 3 MASJID

Pakej Umrah Pilihan

Pilih perjalanan Umrah yang sesuai untuk anda

Dari perjalanan Umrah bersama keluarga hingga pengalaman penuh ibrah menziarahi tiga masjid utama, pilih pakej berdasarkan pengalaman perjalanan yang anda inginkan.

Tidak pasti pakej mana yang sesuai?

Dapatkan cadangan pakej berdasarkan tarikh perjalanan, bajet dan keperluan keluarga anda.

Bercakap Dengan Konsultan Umrah
Badal Haji & Umrah

Tunaikan Haji dan Umrah bagi pihak insan tersayang

Untuk ibu bapa atau ahli keluarga yang telah meninggal dunia, atau yang tidak lagi mampu ke Tanah Suci kerana sakit atau usia. Kami uruskan pelaksanaan Haji dan Umrah bagi pihak mereka, dan anda menerima sijil sebagai bukti ibadah telah disempurnakan.

Poster Pakej Badal Haji Kembara Khalifah Travel: Biasa RM3,500, Eksklusif RM4,000, Premium RM4,500
Tekan poster untuk lihat saiz penuh

Pakej Eksklusif

RM4,000

seorang
  • Upah Haji + Umrah
  • Sijil
  • Kurma
  • Telekung / Serban
  • Air Zamzam 500ml

Pakej Premium

RM4,500

seorang
  • Upah Haji + Umrah
  • Sijil
  • Kurma
  • Sejadah
  • Telekung / Serban
  • Air Zamzam 500ml (2 botol)

Cara tempahan

  1. Hubungi kami di WhatsAppPilih pakej dan nyatakan berapa orang yang ingin dibadalkan.
  2. Hantar maklumatBerikan butiran orang yang dibadalkan dan waris yang membuat tempahan.
  3. Sahkan tempahanBuat bayaran dan kami akan mengesahkan tempahan anda.
  4. Ibadah dilaksanakanHaji dilaksanakan pada musim haji. Sijil dan cenderahati diserahkan selepas ibadah disempurnakan.

Maklumat yang diperlukan

  • Nama penuh orang yang dibadalkan (bin/binti), seperti dalam kad pengenalan
  • Status: telah meninggal dunia, atau uzur dan tidak mampu ke Tanah Suci
  • Nama dan nombor telefon waris yang membuat tempahan
  • Hubungan waris dengan orang yang dibadalkan

Harga adalah bagi setiap seorang yang dibadalkan. Untuk lebih daripada seorang, setiap nama memerlukan tempahan berasingan.

Soalan lazim Badal Haji

Apa itu Badal Haji?

Badal Haji ialah ibadah haji yang dilaksanakan oleh seseorang bagi pihak orang lain yang telah meninggal dunia, atau yang masih hidup tetapi tidak mampu menunaikannya sendiri.

Siapa yang boleh dibadalkan?

Mereka yang telah meninggal dunia sebelum sempat menunaikan haji, dan mereka yang masih hidup tetapi uzur secara berkekalan (sakit berpanjangan atau terlalu tua) sehingga tidak mampu ke Tanah Suci.

Siapa yang melaksanakan Badal Haji?

Petugas yang telah menunaikan haji untuk dirinya sendiri, sebagaimana yang disyaratkan untuk Badal Haji.

Bilakah Badal Haji dilaksanakan?

Haji hanya boleh dilaksanakan pada musim haji di bulan Zulhijjah. Kami akan maklumkan perkembangan kepada waris dan menyerahkan sijil selepas ibadah selesai.

Apa yang termasuk dalam "Upah Haji + Umrah"?

Setiap pakej merangkumi pelaksanaan Badal Haji dan Badal Umrah bagi pihak seorang. Perbezaan antara pakej ialah cenderahati yang diterima oleh waris, seperti telekung/serban, sejadah dan air zamzam.

Ada soalan tentang Badal Haji?

Bincang dengan konsultan kami untuk memilih pakej dan memahami prosesnya.

WhatsApp Kami
atau hubungi 016-216 6860  |  012-938 3834
Promosi Jemaah Umrah: Scaling dan Polishing RM100 seorang oleh Klinik Pergigian Rohaya dan Kembara Khalifah Travel
PROMOSI KHAS JEMAAH UMRAH

Senyuman Lebih Yakin Sebelum ke Tanah Suci

Kembara Khalifah Travel bersama Klinik Pergigian Rohaya membawakan promosi khas Scaling & Polishing untuk jemaah umrah.

RM100 / seorang

Pilih cawangan untuk membuat temu janji

* Tertakluk kepada terma dan syarat. Sila sahkan kelayakan promosi dan ketersediaan slot dengan pihak klinik.

APA ANDA AKAN DAPAT?

Rasai keselesaan dan layanan terbaik bersama mutawwif kami yang terlatih, berpengalaman, mesra, dan bertanggungjawab. Kumpulan umrah terhad untuk pengalaman yang istimewa

Kami menyediakan pelbagai pilihan pengangkutan: bas, coaster, GMC, kereta, dan speed train. Sesuaikan dengan keperluan anda!

Ziarah kami dirancang untuk memberikan pengalaman bermakna, meninggalkan kesan positif, dan menginspirasi setiap jemaah. Ilmu yang diperoleh tidak hanya berharga, tetapi juga dapat dikongsi dengan orang sekeliling

Jamuan istimewa menanti jemaah di tempat-tempat menarik!

KAMI URUSKAN PERKARA BERIKUT UNTUK ANDA

1. Speed train (Add-on)

Jimat masa dan selesa

2. Sim kad (Add-on)

Simkad saudi untuk kegunaan umrah

3. Visa

Pilihan visa Umrah atau pelancong

4. Travel Beg

Percuma set luggage untuk jemaah Umrah

5. Buku panduan

Percuma buku panduan umrah untuk rujukan para jemaah

6. Kursus umrah

Kursus Umrah PERCUMA sebelum mengerjakan umrah

7. Air zam-zam

Tertakluk kepada kebenaran kerajaan Arab Saudi

8. Takaful

Perlindungan insurans kesihatan atau kemalangan

PILIHAN RAKYAT MALAYSIA

Hadapan Kaabah

Sesi ramah mesra

Perkarangan Jabal Rahmah

Laluan Safa dan Marwa

Perkarangan Hudaibiyah

Perkarangan Masjid Nabawi

Soalan yang biasa di tanya oleh bakal peserta umrah

Bagi mengelakkan halangan menaiki kapal terbang bagi penerbangan antarabangsa, anda boleh menyemak terus di laman sesawang Jabatan Imigresen Malaysia: https://sspi.imi.gov.my/sspi/index.php?page=sspi/bm

Ya, perlu. Jemaah Umrah perlu mendapatkan suntikan vaksin (Meningitis ACWY135) sebelum menunaikan Umrah. Namun begitu, suntikan vaksin tidak termasuk dalam pakej Umrah. Sila rujuk maklumat lanjut di pautan berikut: https://www.saudiembassy.net/hajj-and-umrah-health-requirements

Kursus Umrah disediakan secara percuma untuk para jemaah Umrah. Mutawwif/Mutawwifah daripada Kembara Khalifah akan membantu menjawab segala kemusykilan dan persoalan berkaitan ibadah Umrah. 

Bagi pasangan dengan bayi, anda disyorkan untuk memohon kerusi bassinet atau skycot. Sila hubungi kami untuk maklumat lanjut. Namun begitu, kerusi bassinet atau skycot adalah tertakluk pada permintaan dan bergantung pada ketersediaan. Anda juga boleh merujuk perkara ini di sini https://www.flyingwithababy.com/what-are-the-best-seats-on-a-plane-and-info-on-baby-bassinets/

4 jenis beg (bagasi 24”, bagasi 9”, beg sandang, beg uncang kasut) dan buku panduan Umrah. Tertakluk kepada pakej, terma dan syarat

Bagi individu yang tidak sihat, tiada keperluan khas sebelum melakukan Umrah. Anda hanya perlu membawa beberapa jenis ubat sebagai persediaan seperti ubat penahan sakit dan antihistamin untuk selesema biasa.

Bagi jemaah dengan penyakit kronik, mereka perlu mendapatkan nasihat dan pemeriksaan penuh daripada doktor terlebih dahulu semasa merancang perjalanan dan perlu membawa laporan perubatan status kesihatan semasa bersama mereka sewaktu menunaikan Umrah. Jemaah Umrah juga perlu mendapatkan vaksin yang diperlukan seperti vaksin influenza dan meningokokus sekurang-kurangnya dua minggu sebelum Umrah.

Selain itu, jemaah Umrah digalakkan mendapatkan bekalan ubat yang mencukupi sepanjang tempoh Umrah dan mengatur penyimpanan ubat yang betul untuk mengelakkan ubat-ubatan terdedah kepada cahaya matahari dan rosak disebabkan haba berlebihan.

ITEM YANG DIPERLUKAN

  • Pasport
  • Kad pengenalan
  • Tiket kapal terbang
  • Rekod Vaksin
  • Gambar berukuran pasport bersaiz 4 cm x 6 cm
  • Sijil pernikahan
  • Duit
  • Nombor telefon dan alamat
  • Ubat-ubatan
  • Surat pengesahan doktor (untuk individu dengan masalah kesihatan
  • Gunting lipat tahalul (kecil)
  • Kayu sugi (miswak)
  • Selipar getah
  • Sejadah
  • Tali pinggang/beg pinggang
  • Sabun tanpa wangian
  • Botol penyembur (untuk mengambil wudhu)
  • Power bank (tidak melebihi 20,000mAH)

KHUSUS UNTUK LELAKI

  • Kain Ihram
  • Pakaian yang selesa
  • Pakaian dalam (kain kapas)

KHUSUS UNTUK WANITA

  • Skarf/Hijab & Abaya
  • Anak tudung
  • Pengikat/klip rambut
  • Beg kecil/dompet
  • Tuala wanita/pad
  • Pin
  • Pakaian dalam (kain kapas)

Wanita berumur 18 tahun ke atas boleh menunaikan Umrah tanpa mahram dengan Visa Pelancong. Visa Pelancong membolehkan wanita memasuki Arab Saudi dengan Visa Masuk Tunggal dan sah selama 30 hari. Anda boleh lihat di sini untuk maklumat lanjut.https://help.visitsaudi.com/hc/en-us/articles/360009422839-Can-I-perform-Umrah-on-the-visit-visa-as-an-unaccompanied-woman-without-a-male-relative